PERJUMPAAN KU HARAKI MALAYSIA BERSAMA KU HARAKI PERAK
 TARIKH : 20 DISEMBER 2024
 MASA   : 09 MALAM
 TEMPAT : WISMA PURNAMA GOPENG PERAK
 KEHADIRAN : 70 ORANG
Ipoh, Perak, 20 Disember 2024 – Program Roadshow Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KUHARAKI) yang pertama kali dianjurkan di Negeri Perak berlangsung dengan jayanya di Wisma Purnama, Ipoh, pada hari Jumaat, 20 Disember 2024. Program yang bermula pada jam 9.00 malam hingga 11.00 malam itu berjaya menghimpunkan 50 usahawan dari pelbagai sektor di sekitar Perak.
Majlis ini turut dihadiri Pengarah KUHARAKI Negeri Perak, Tuan Haji Azlan,Timbalan Pengarah KUHARAKI Malaysia, Tuan Haji Sobri bin Osman, serta Setiausaha KUHARAKI Malaysia, Dato’ Hajah Suhaili Yosop yang turut memberikan penerangan mengenai resolusi dan perancangan Kelab bagi tahun 2025.
Antara maklum balas Para Usahawan yang diterima adalah keperluan untuk memperluaskan platform rangkaian usahawan, bantuan geran, serta bimbingan dalam pemasaran digital dan media sosial. Seorang usahawan kedai runcit berkongsi cita-citanya untuk mencapai jualan melebihi RM1 juta dan mengembangkan perniagaannya menjadi setaraf pasar raya.
KUHARAKI juga dalam usaha mengumpul data Usahawan dan melaksanakan sistem penjenamaan Abraj serta turut menerangkan tentang kepentingan usaha ini yang bakal memartabatkan Perniagaan Muslim.
Dalam program ini, KUHARAKI menekankan kepentingan etika perniagaan yang berlandaskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur, dan orang yang syahid” [Riwayat al-Tirmizi (1209)].
Program Roadshow Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KUHARAKI) ini mencerminkan usaha murni untuk menyatupadukan usahawan Muslim dalam satu platform demi manfaat bersama.
Dengan semangat “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing,” KUHARAKI terus komited dalam memperkasakan usahawan Muslim agar mampu bersaing dalam cabaran ekonomi semasa.
Kelab Usahawan Haraki Malaysia Tarikh: 24 Disember 2024
