KELAB USAHAWAN HARAKI MALAYSIA

SKU @ SHAFTSBURY MALL PUTRAJAYA SHOWCASE

PENGENALAN

Kelab Usahawan Haraki Malaysia (KU-Haraki) kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan sebuah pejabat baharu yang terletak di Shaftsbury Mall, Putrajaya. Pejabat ini turut dilengkapi dengan ruang pameran dan promosi yang dikenali sebagai Showcase KU-Haraki (SKU @ Putrajaya) yang bertujuan memperluas akses pasaran serta meningkatkan visibiliti produk dan perkhidmatan usahawan tempatan di pasaran terbuka.

SKU @ Putrajaya ini diwujudkan sebagai platform strategik untuk mempamer dan mempromosikan pelbagai produk serta perkhidmatan usahawan tempatan. Melibatkan sebanyak 200 SKU (Stock Keeping Unit), showcase ini merangkumi pelbagai sektor industri – daripada makanan dan minuman, produk kesihatan, kecantikan, fesyen, sehinggalah ke sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pengembaraan dan pendidikan.

SKU @ Putrajaya disasarkan akan menjadi destinasi utama bagi para usahawan yang ingin menembusi niche pasaran lebih luas, sekaligus memperkukuh kehadiran jenama mereka di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Inisiatif ini selaras dengan misi KU-Haraki untuk memperkasa komuniti usahawan Muslim tempatan serta menyediakan sokongan berterusan dari segi promosi, jaringan pasaran dan pembangunan jenama.

Kuharaki Malaysia (2)
  1. Meluaskan akses pasaran : platfom untuk usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
  2. Meningkatkan keberkesanan pemasaran : membantu usahawan memanfaatkan pelbagai saluran pemasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka.
  3. Mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan (networking) di antara usahawan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis dan pengimport.
  4. Mengukuhkan jaringan komuniti usahawan muslim: meningkatkan kerjasama antara usahawan bagi memperkasakan ekonomi ummah.
  • Sebanyak 200 produk SKU (Stock Keeping Unit) ditawarkan kepada ahli-ahli KU Haraki seluruh Malaysia.
  • Setiap SKU dikenakan bayaran sewaan sebanyak RM50 sebulan.
  • Produk/perkhidmatan peserta akan disenaraikan di laman web www.kuharaki.com dan KU-Haraki Grand Bazar.

Peserta akan dapat menyertai pelbagai program dan perkhidmatan sokongan disediakan oleh KU-Haraki untuk mempromosikan produk/ perkhidmatan peserta secara berterusan.

  1. Program Padanan Perniagaan/Pemasaran Program pameran dan promosi secara berkala (fizikal dan digital)
  2. Peluang disenaraikan di Direktori Usahawan KU-Haraki dan KU-Haraki Grand Bazar
  3. Bimbingan jenama dan konsultasi pemasaran
  4. Akses kepada program latihan, bengkel dan seminar keusahawanan/perniagaan.
  5. Akses kepada sesi business networking bersama agensi dan rakan strategik lain.

Penggunaan kemudahan dan fasiliti pejabat.

SERLAHKAN POTENSI, LUASKAN PASARAN - BERMULA DI SKU @ PUTRAJAYA!

• Showcase KU-Haraki (SKU) kini dibuka untuk penyertaan usahawan tempatan yang bersedia melonjak ke tahap seterusnya! !

• Lokasi Premium: Shaftsbury Mall, Putrajaya kawasan tumpuan warga kota, pelancong, penjawat awam dan komuniti perniagaan tempatan dan juga antarabangsa.

• 200+ Produk Dipamerkan: Peluang menempatkan produk anda bersama jenama tempatan berkualiti tinggi.


Warning: Undefined array key 0 in /home/kuharaki/public_html/wp-content/plugins/elementor/core/page-assets/data-managers/font-icon-svg/font-awesome.php on line 19

• Promosi & Visibiliti: Sokongan promosi fizikal dan digital oleh KU-Haraki untuk bantu produk anda lebih dikenali.

• Peluang Jaringan Niaga: Bertemu agensi kerajaan, pemborong, rakan niaga dan pelanggan baharu

• Bimbingan & Sokongan: Akses kepada aktiviti pembangunan usahawan dan konsultasi bisnes. Satu ruang pameran, pelbagai peluang !

TERMA & SYARAT

  • Terbuka kepada ahli berdaftar KU-Haraki sahaja.
  • Produk/perkhidmatan mestilah sah di sisi undangundang dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
  • Pihak Sekretariat KU-Haraki berhak menolak sebarang produk yang dirasakan tidak menepati kriteria.
  • Minimum : 12 bulan.
  • Lanjutan tempoh sewaan tertakluk kepada kekosongan dan prestasi produk.
  • Penempatan/lokasi rak ditentukan oleh pihak Sekretariat KU-Haraki.
  • Saiz dan kuota produk bagi setiap rak akan ditentukan oleh Sekretariat KU-Haraki.
  • Menyediakan pembungkusan/label produk yang lengkap dan menarik.
  • Memastikan stok sentiasa cukup sepanjang tempoh sewaan.
  • Memantau prestasi jualan sepanjang tempoh sewaan.
  • Pihak KU-Haraki akan mengadakan pelbagai program untuk mempromosikan produk peserta secara aktif.
  • Pihak Sekretariat KU-Haraki berhak menamatkan sewaan jika didapati produk melanggar syarat yang ditetapkan.

GALERI SHOWCASE KU-HARAKI

BORANG PENDAFTARAN VENDOR

Borang Daftar vendor
No payment items has been selected yet
Scroll to Top