FAQ KUHARAKI

Apa itu Kelab Usahawan Haraki (KU HARAKI)?

KU HARAKI ialah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS, nombor pendaftaran PPM-032-11-10022021 menghimpunkan usahawan-usahawan Muslim dari seluruh negara untuk memperkukuhkan jaringan, memperkasa ekonomi ummah dan mengembangkan perniagaan berlandaskan prinsip Islam.

Siapa yang boleh menyertai KU HARAKI?

Terbuka kepada semua usahawan Muslim – sama ada yang baru bermula, sedang berkembang atau telah berjaya – dari pelbagai latar belakang industri.

Apakah Visi dan Misi KU HARAKI?

Visi KU HARAKI - “Menjadi penghubung kepada usahawan Muslim ke peringkat nasional dan antarabangsa.” Misi KU HARAKI adalah untuk menghimpunkan dan memperkasa usahawan Muslim melalui jaringan strategik, latihan dan sokongan berterusan, mewujudkan ekosistem perniagaan patuh syariah yang berdaya saing di peringkat tempatan dan global, menyemai nilai keusahawanan Islam seperti kejujuran, amanah dan ihsan, menjadi agen perubahan sosial dan ekonomi menerusi penglibatan dalam pembangunan masyarakat, serta bersikap progresif dengan sentiasa bergerak ke hadapan, inovatif dan terbuka terhadap perubahan.

Apakah Objektif dan Nilai KU HARAKI?

Objektif KU HARAKI adalah untuk menjadi pusat jaringan usahawan Muslim dari pelbagai sektor dengan menganjurkan seminar, bengkel, latihan dan sesi mentoring bagi mempertingkat kemahiran, membantu akses kepada pembiayaan, teknologi dan pasaran baru, mempromosikan konsep perniagaan Islam yang seimbang dunia-akhirat serta menggalakkan kerjasama strategik demi memperkukuh ekonomi umat; berteraskan nilai amanah, ukhuwwah, integriti, ihsan, progresif dan pematuhan kepada prinsip syariah dalam setiap urusan.

Apa kelebihan menjadi ahli KU HARAKI?

Ahli akan mendapat akses kepada jaringan usahawan seluruh negara, program latihan eksklusif, peluang kerjasama strategik, promosi perniagaan, dan bimbingan perniagaan.

Adakah keahlian KU HARAKI dikenakan bayaran?

Ya, terdapat yuran keahlian sebanyak RM100 dan yuran tahunan sebanyak RM50. Bayaran ini digunakan untuk mengurus aktiviti dan program keusahawanan ahli.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli?

Pendaftaran boleh dilakukan secara mengisi borang dalam talian melalui laman rasmi website KU HARAKI.

Apakah aktiviti atau program yang dianjurkan oleh KU HARAKI?

Termasuk seminar keusahawanan, bengkel pemasaran digital, pameran perniagaan, promosi produk, program bimbingan (mentoring), sesi networking, dan kerjasama strategik.

Bagaimana KU HARAKI berbeza dengan NGO keusahawanan lain?

KU HARAKI menekankan nilai Islam, ukhuwwah, dan integriti dalam setiap aspek aktiviti. Ia bukan sekadar tentang keuntungan, tetapi membina ekonomi ummah yang diberkati.

Adakah KU HARAKI menyediakan bantuan modal atau dana?

Secara langsung tidak, namun KU HARAKI membantu menghubungkan ahli dengan agensi pembiayaan, pelabur, atau peluang kerjasama yang sesuai.

Bagaimana KU HARAKI memastikan perniagaan ahli patuh syariah?

Dengan menyediakan garis panduan, latihan, serta kerjasama bersama pakar syariah untuk memastikan semua urusan perniagaan ahli sejajar dengan prinsip Islam.

Adakah KU HARAKI hanya berfokus kepada perniagaan kecil dan mikro?

Tidak. KU HARAKI menyokong semua jenis perniagaan – dari mikro, kecil, sederhana hingga ke peringkat korporat.

Bolehkah bukan usahawan menyertai KU HARAKI?

Fokus utama adalah usahawan, tetapi individu yang berminat untuk menjadi usahawan atau menyokong misi kelab juga dialu-alukan.

Adakah KU HARAKI beroperasi di setiap negeri?

Ya, kami sedang memperluas rangkaian ke setiap negeri melalui penubuhan cawangan atau wakil negeri dan daerah.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KU HARAKI?

Anda boleh melayari laman rasmi kami, ikuti media sosial KU HARAKI atau hubungi sekretariat kami secara langsung untuk sebarang pertanyaan.

Apakah cluster usahawan yang terdapat dalam KU HARAKI?

KU HARAKI mengenal pasti 21 kluster utama usahawan merangkumi sektor Automobil, Perkhidmatan Kurier, Pengurusan Acara, Makanan & Minuman (F&B), Guaman dan Perundangan, Kesihatan & Kecantikan, Latihan & Konsultansi, Pelancongan, Pembinaan, Pembuatan & Pengilangan, Pendidikan, Pengangkutan, Peniaga Kecil & Penjaja, Penternakan & Perikanan, Percetakan, Perkhidmatan Kewangan, Pertanian, Pertukangan & Kraftangan, Peruncitan, Tekstil serta Telekomunikasi & Multimedia.

BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI

KU HARAKI MALAYSIA

Scroll to Top