Roadshow KU-HARAKI Malaysia Bersama KU-HARAKI Sarawak

KUCHING 27 Jun 2025 – Perjumpaan Roadshow KU-HARAKI Malaysia Bersama KU-HARAKI Sarawak dijalankan di Metrocity Kota Samarahan pada 27 Jun 2025 jam 9.00 pagi.

Kehadiran terdiri dari 6 orang rombongan KU-HARAKI Malaysia dan 8 orang KU- HARAKI Sarawak.

Majlis dimulai dengan Ucapan alu-aluan Puan Hamidah Mukhtar selaku LEPU Sarawak.

Ucapan Tuan Haji Shamsudin menerangkan gerakerja KU-HARAKI selepas Pemukiman di DITC Terengganu menekankan 10 resolusi hasil Pemukiman yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Tuan Ibrahim menerangkan tentang SERU’25 yang mempunyai 3 in 1 program iaitu Konvensyen, Luncheon Dan Pameran Produk.

Beliau menceritakan keistimewan setiap program dalam SERU ’25 disamping kelebihan menjadi ahli KU-HARAKI.

Tuan Ibrahim juga menerangkan tentang Showcase SKU yang mempunyai kelebihan bagi usahawan yang menyewanya.

Sebelum sesi soaljawab, Tuan Ibrahim bertanya usahawan yang hadir tentang apa perniagaan yang mereka niagakan Dan usahawan diterangkan tentang Magic Numbers untuk capai 1 juta pertama jualan.

Tiket Konvensyen Dan Luncheon telah diserahkan pada Puan Hamidah

Sesi soal Bersama usahawan Sarawak digesa hadir Program SERU’25 untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman usahawan-usahawan yang bermula dari zero ke hero.

Dato’ Suhaili menyampaikan Ucapan motivasi kepada Usahawan mengambil peluang untuk Bina bisnes yang cemerlang Dan KU-HARAKI adalah platform untuk usahawan Bersama BERJAYA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top