PEMUKIMAN LEPU (LAJNAH EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN) PAS DAN KU HARAKI ( KELAB USAHAWAN) HASILKAN 10 RESOLUSI

PEMUKIMAN KU HARAKI MALAYSIA

TARIKH :  04 & 05 OKTOBER 2024 (JUMAAT & SABTU)

MASA  :  8.00 PAGI (04 NOV 2024) – 6.00 PTG (05 NOV 2024)

LOKASI: Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman,Terengganu

Telah berlangsung Pemukiman Usahawan Ku Haraki bersama Lajnah Ekonomi (LEPU) Malaysia di DITC Kemaman pada 4 dan 5 Oktober 2024 mensasarkan Pengarah,Setiausaha dan AJK KU Haraki Pusat,Pengarah dan Setiausaha Ku Haraki Negeri dan Pengerusi Lepu Negeri-negeri.

Dari Keseluruhan 14 Negeri,Pemukiman ini telah berjaya menghimpunkan  perwakilan dari sebelas (11) Negeri.

Objektif Program adalah untuk bersuai kenal antara Pimpinan Ku Haraki Negeri yang telah dilantik serta memberi penerangan bidang tugas Ku Haraki disamping bersama berkongsi buah fikiran,merangka strategi.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ditambah dengan konflik terhadap usahawan Bumiputra,Ku Haraki yakin ini adalah waktu yang tepat untuk mewujudkan gelombang kebangkitan dikalangan Usahawan Muslim.

Antara agenda yang dibincangkan ialah aktiviti,Pemasaran,Latihan,Branding dan sumber dana.

Selain Pemukiman, Ku Haraki Malaysia juga sedang mengumpul maklumat Usahawan-Usahawan dari kalangan ahli PAS.

Misi Ku Haraki ialah menyediakan platform dan jaringan bagi membantu Usahawan Muslim dengan mewujudkan instrumen pengumpulan dana dan kepakaran untuk memperkukuhkan Usahawan bagi menjuarai isu-isu ekonomi dan perniagaan.

Manakala Visi Ku Haraki ialah menjadi Penghubung Usahawan Muslim ke Peringkat Nasional dan antarabangsa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top